Kubur Bertingkat di Selangor

View previous topic View next topic Go down

Kubur Bertingkat di Selangor

Post  asmawi on Wed Sep 10, 2008 11:27 pm

Pilih pilih.. nak tingkat berapa ehehehe..

Selangor cadang bina perkuburan Islam bertingkat

SHAH ALAM 10 Sept. - Selangor bercadang mewujudkan tanah perkuburan Islam bertingkat bagi menangani masalah tanah terhad di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan tersebut merupakan salah satu alternatif yang difikirkan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi kekurangan tanah untuk tujuan perkuburan.

Katanya, buat masa ini, kerajaan sedang mengkaji perkara itu secara teliti termasuk memberi penerangan kepada rakyat Selangor yang beragama Islam mengenai kaedah pengkebumian secara bertingkat.

''Kita akan membuat satu rancangan dalam tempoh terdekat ini. Pada peringkat awal, kita akan membuat penjelasan bagi memberi kefahaman kepada rakyat.

''Pada masa yang sama, kita juga turut mengadakan perbincangan dengan penganut agama lain di negeri ini mengenai kaedah alternatif pengkebumian mengikut cara mereka seperti pembakaran (krematorium) bertingkat dan sebagainya,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah kekurangan tanah pengkebumian di negeri itu yang dikatakan semakin terhad pada ketika ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memberitahu, kerajaan negeri akan tetap melaksanakan projek pembinaan tanah perkuburan di Taman Bukit Teratai, Ampang, walau- pun mendapat bantahan penduduk di kawasan itu.

Sebelum ini, penduduk kawasan berkenaan mendakwa pembinaan tanah perkuburan Islam di kawasan itu akan memberi kesan negatif kepada nilai hartanah mereka.

Malah, penduduk mendakwa pembinaan projek itu juga tidak sesuai dilaksanakan kerana ia berhampiran dengan kawasan perumahan.

''Kita benarkan projek itu (tanah perkuburan) dilaksanakan di kawasan ini. Bagaimanapun, kita telah menetapkan syarat bahawa kawasan ini perlu disediakan zon penampan yang meliputi pokok sebagai jurang antara kawasan penempatan dan perkuburan.

''Selain itu, kerajaan negeri juga menetapkan supaya tanah perkuburan berkenaan turut dibina binaan bangunan supaya dapat digunakan oleh orang ramai.

''Malah, kita juga telah mewajibkan laluan ke tanah perkuburan tersebut tidak melalui kawasan perumahan sedia ada,'' ujarnya.

asmawi

Posts : 3
Join date : 2008-09-10

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum